SELANGOR EARTH SURFACE ACTIVITY
MONITORING SYSTEMS
Sistem Aplikasi Selangor Earth Surface Activity Monitoring Systems (SESAMS) merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk kegunaan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi menjalankan pemantauan aktiviti penggunaan tanah terutamanya yang melibatkan aspek kawasan badan air dan kawasan berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air di negeri Selangor.